BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

3.9.10

DISEL SYSTEM

Fungsi
> Sistem bahan api diesel berfungsi untuk membekalkan bahan api diesel dari tangki ke ruang
pembakaran.
> Selain itu ia juga berfungsi untuk meningkatkan tekanan bahan api diesel sebelum ia dihantar
keruang pembakaran

Kendalian
-Bahan api disimpan didalam tangki dan ditarik keluar melalui unit saliran oleh pam bahan api.
-Bahan api akan menjelajah melalui penapis bahan api sebelum memasuki pam pemancit bahan
api.
-Pam pemancit bahan api akan mengenakan tekanan yang tinggi kepada bahan api diesel dan
kemudian bahan api yang bertekanan tinggi ini akan dihantar ke pemacit pada masa yang betul.
-Pemancit seterusnya akan menukarkan bahan api diesel ini ke bentuk kabus.


Komponen-komponen sistem bahan api diesel
>Seperti mana yang diketahui sebelum ini. Sesebuah sistem terdiri daripada beberapa komponen.
>Gabungan kepada komponen- komponen inilah yang akan melengkapkan sistem tersebut.


gambarajah 1 : komponen sistem diesel

a. Tangki bahan api ( tank )
> Ia berfungsi untuk menyimpan bahan diesel.

b. Pam penghantar bahan api ( Fuel Feed Pump @FFP )
> Tugas FFP adalah untuk menyedut bahan api diesel dari tangki kemudian dihantar ke penapis bahan api diesel

c. Penapis bahan api ( fuel filter )
> Ia berfungsi untuk menapis bahan api diesel

d. Pam pemancit bahan api (Fuel Injetion Pump @FIP )
> Ia boleh dianggap sebagai jantung kepada sistem ini.
> FIP mempunyai 3 fungsi utama.
-Memberi tekanan bahan api
-Mengkadarkan bahan api
-Menghantar bahan api mengikut firing order

e. Saluran bahan api ( pipeline)
> Berfungsi sebagai medium penghantar bahan api diesel ke komponen- komponen yang
terdapat didalam sistem.

f. Pemancit ( injector )
> Fungsi komponen ini adalah untuk memancitkan bahan api diesel dalam bentuk kabus ke
ruang pembakaran



PENGENALAN KEPADA POWER WINDOW

PENGENALAN
> Direka untuk untuk menggantikan cara mekanikal atau manual yang digunakan pada kenderaan
model lama
> Memudahkan pemandu menaik dan menurunkan tingkap berbanding sistem mekanikal atau
manual
> Telah digunakan dengan meluas pada kenderaan masa kini
> Sebagai satu sistem yang dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada pemandu
> Tidak banyak komponen yang digunakan berbanding dengan sistem manual

JENIS-JENIS POWER WINDOW

> Jenis Regulator Assembly (menggunakan cable)


gambarajah 1


> Jenis Toothed Quadrant (menggunakan gear)


gambarajah 2


KOMPONEN UTAMA POWER WINDOW


SISTEM BREK

Fungsi sistem brek
> Membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan selamat.
> Mengawal kenderaan semasa dalam perjalanan/pemanduan
> Meletakkan kenderaan terutama tempat curam.

Ciri-ciri sistem brek yang baik
> Dapat memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki dan sentiasa dalam
kawalan pemandu.
> Tidak memerlukan pelarasan yang kerap
> Tidak mudah kehilangan kuasa membrek
> Sesuai untuk segala kelajuan,beban dan suhu

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan sistem brek
> Luas kawasan Brake pad
> Jumlah tekanan yang diberi pada sistem brek
> Diameter Drum brake dan roda



gambarajah 1


Tiga perkara yang mempengaruhi jarak membrek :
> kelajuan dan beban
> keadaan jalan
> keadaan tayar

CARA-CARA MENUKAR MINYAK ENJIN DAN PENAPIS MINYAK.

> Penukaran minyak enjin amat penting bagi setiap kenderaan.

> Ini kerana, minyak enjin akan membantu sistem pelinciran komponen di dalam enjin dan juga
mengelakkan kehausan komponen tersebut.

> Penapis minyak pula membantu untuk menapis kekotoran yang terdapat pada minyak enjin
tersebut.

> Video di bawah menunjukkan langkah-langkah bagi penukaran minyak enjin dan penapis.


2.9.10

Pemeriksaan awal kenderaan

Pemeriksaan awal kenderaan sangat penting sebelum kita memandu kenderaan..
Terutama bagi perjalanan jarak jauh seperti pulang ke kampung halaman dan sebagainya..
Jadi saya ingin menunjukkan bahagian-bahagian penting yang perlu diperiksa..


1 ) PERIKSA BATERI
- bateri merupakan antara bahagian yang penting untuk kenderaan.
- Gambarajah 1 menunjukkan komponen yang perlu diperiksa pada bateri :




gambarajah 1 : komponen pada bateri



2) PERIKSA KUALITI DAN KUANTITI MINYAK ENJIN

- ini adalah penting kerana minyak enjin merupakan perkara yang penting bagi sistem pelinciran enijn.
-jika tidak dijaga, enjin boleh menjadi jamn dan komponen dalaman enjin akan cepat haus.
-pemeriksaan dilakukan dengan melihat kepada engine oil dipstick
-Periksa samada minyak enjin cukup atau pun tidak(rujuk gambarajah 2a) dan pastikan minyak enjin masih lagi boleh digunakan. (rujuk gambarajah 2b)


gambarajah 2a : periksa level minyak enjin


gambarajah 2b : pemeriksaan kualiti minyak enjin



3) PEMERIKSAAN TAYAR
- Tayar perlulah diperiksa dari segi :-
> kehausan tayar
* kehausan tayar diperiksa secara visual.
*pastikan bunga tayar masih lagi baik dan tukar tayar anda jika berlaku kehausan yang teruk.
> tekanan angin tayar
* angin tayar perlulah diisi dengan tepat dan betul iaitu :-
# tayar hadapan : 32 psi
# tayar belakang : 30 psi
* tayar simpanan juga perlu diperiksa kerana jika berlakunya kepancitan tayar semasa perjalanan, tayar simpanan boleh diguna pakai
> Tayar perlu dititik beratkan kerana risiko kemalangan amat tinggi jika terdapat masalah pada tayar kenderaan.